Monday, June 30, 2014

Karnival Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan


Karnival Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 26 - 27 Jun 2014. Sebanyak 12 buah sekolah di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam karnival ini. Antara acara yang telah dijalankan adalah Pertandingan Marhaban & Berzanji, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Mencipta Lirik Nasyid, Pertandingan Qasidah dan Penulisan Khat. 

Tahniah kepada SMAP Labu kerana telah menjadi Johan dalam Pertandingan Marhaban & Berzaji, Pertandingan Mencipta Lirik Nasyid serta Pertandingan Qasidah. SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang memenangi Pertandingan Nasyid manakala Siti Syuryana Binti Ishak dari SMKA Sharifah Rodziah telah memenagi Pertandingan Khat. SMAP Labu telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan.



Friday, June 27, 2014

Lawatan Rasmi Pegawai & Guru Madrasah Darul Ulum Yayasan Pembangunan Umat Islam Banda Acheh


Lawatan Rasmi Pegawai & Guru dari Madrasah Darul Uum Banda Acheh pada 24 Jun 2014