Monday, June 30, 2014

Karnival Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan


Karnival Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 26 - 27 Jun 2014. Sebanyak 12 buah sekolah di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam karnival ini. Antara acara yang telah dijalankan adalah Pertandingan Marhaban & Berzanji, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Mencipta Lirik Nasyid, Pertandingan Qasidah dan Penulisan Khat. 

Tahniah kepada SMAP Labu kerana telah menjadi Johan dalam Pertandingan Marhaban & Berzaji, Pertandingan Mencipta Lirik Nasyid serta Pertandingan Qasidah. SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang memenangi Pertandingan Nasyid manakala Siti Syuryana Binti Ishak dari SMKA Sharifah Rodziah telah memenagi Pertandingan Khat. SMAP Labu telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan.